Thursday, August 25, 2011

seloka 3 Lambda

assalamualaikum :)
i know, its been forever kan ? haha, sorry wahai pembaca setia *bajet macam ada je*

yippie! trial dah habis :D

ohh, lupa. akhirnya, our MASTERPIECE dah siap :D
thanks for everyone yang turut serta dalam proses pembikinan seloka ini :D
i REALLY APPRECIATE it :D

enjoyyy :)

Seloka 3 Lambda

Sebut sahaja 3 lambda

semua pelajar pasti ternganga

Buat masalah sini sana

Tapi kami memang juara


Ustazah Azani nama diberi

Menjaga kami sepenuh hati

Beliaulah guru kelas kami

Yang kami sayang sampai mati


Ketua kami ayu gila

Suhaida Jais siapa x kenal

Penolong pula memang gila-gila

Ahmad Norfitri memang terkenal


3 sahabat baik ala-ala do re mi

Kemana sahaja mesti bertiga

Aina, Jannah, Sabreena, puteri kami,

Kuat bergossip, bukan mengata


Suaranya sengau membingitkan telinga

Mengacau perempuan itulah hobinya

Siapa tak kenal Mat Gitar kelas kita

Jejaka romeo, Azri namanya


Siapa tak kenal dengan Cinderella

Atau Jasmine yang cantik berseri

Chloe dan Kaashminee puteri kelas kami

Yuha dan Saras juga menawan hati


Si tinggi lampai jejaka impian

Si lesung pipit menawan hati

Kavin dan Ng May pasangan serasi

Tegas dan amanah menjalankan tugasan


Surendran dan Darwin pengacau setia

Hanis dan Arif gelak tak ingat dunia

Merekalah penghibur hati 3 Lambda

Tanpa mereka sunyilah kita


Terlebih ramah Nadhirah orangnya

Si mata menawan Auni namanya

Haziqah dan Sofea di belakang tempatnya

Peminat fanatik artis Korea


Nidzam botak nama disandang

Orangnya pandai duduk di belakang

Kalau dikutuk pastinya berang

Bila disayang kaki pun goyang


Titiwangsa di kepalanya

Ustaz muda gelaran diberi

Bola di kaki entah ke mana

Itulah dia Shahrul Hazril kelas kami


Kalau menjawab dialah yang pertama

Mulutnya berat malas berbicara

Si tinggi lampai, berlesung pipit pula

Si Ermie lah penjawab setia


Si gadis ayu gelaran diberi

Tak lagi tak bukan si Farah Hidda

Siapa tak kenal guru maths kami

Nur Faradiyana fashionista 3 Lambda


Kecil-kecil si cili padi

Wajahnya manis , comel sekali

Justin bieber pujaan hati

Nurain Faiqah adik kecil kami


Badannya ‘tough’ tinggi sekali

Yang seorang pula hebat berlari

Izzul dan Aina Najwa olahragawan di sini

Menjadi kebanggaan kelas kami


Dota menjadi teman sejati

Pendiam di kelas, peramah di FB

Ikwan lah stalker no 1 kami

Otak geliga, si celik IT


Satu-satunya pengawas melayu lelaki

Online game jugalah pengubat hati

Iqbal lah pengawas di kelas kami

Rajin membaca sirah-sirah nabi


Nukilan Aina, Sabreena, Jannah dan rakyat 3 Lambda


p/s : i LOVEEEEEEEEEEEEEE 3 lambda :DD *epic*

0 comments:

Post a Comment